Rasulullah s.a.w. telah bersabda :
"Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad s.a.w.
telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah s.w.t., maka Allah s.w.t. mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada- Mu."
"Bahwa tidak akan masuk
neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya."
Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar
menerangkan bahwa akan didatangkan seorang
hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat
beratlah timbangan kejahatannya, dan
telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka. Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata:
Akhirnya Allah
s.w.t. mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya
dari api neraka dengan berkat sehelai
rambut yang pernah menangis karena takut kepada Allah SWT. Malaikat
Jibril a.s. mengumumkan “telah selamat Fulan bin
Fulan sebab sehelai rambut."
Dalam sebuah kitab
lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa
pada hari kiamat nanti, akan didatangkan
neraka jahanam dengan mengeluarkan
suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya. Allah s.w.t. berfirman yang artinya:
"Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umatdiseru kepada buku
amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada
hari ini kamu dibalasi menurut apa-
apa yang telah kau kerjakan ." (Q.S Al-Jatsiyah : 28)
Sebaik sahaja
mereka menghampiri neraka, mereka mendengar
kegeraman api neraka dengan nyalaan
apinya, dan diterangkan dalam kitab
tersebut bahwa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan. Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan: "Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah).
Kecuali hanya
seorang nabi sahaja yang akan berkata: "UMATKU, UMATKU"
Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w.
Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung- gunung, umat Nabi Muhammad s.a.w. berusaha menghalanginya dengan berkata,
"Wahai api! Demi hak
orang-orang yang solat, demi hak
orang-orang yang ahli sedekah, demi hak
orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali."
Walaupun dikata
demikian, api neraka itu tetap tidak mau kembali,
lalu malaikat Jibril berkata:
"Sesungguhnya api neraka
itu menuju kepada umat Muhammad
s.a.w."
Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah s.a.w. meraihnya. Berkata Jibril
a.s.
"Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah
kepadanya."
Lalu Baginda s.a.w.
mengambil dan menyiramkannya pada api
itu, maka padamlah api itu. Setelah itu
Rasulullah s.a.w. pun bertanya kepada
Jibril a.s.
"Wahai Jibril, Apakah
air itu?"
Maka Jibril berkata:
"Itulah air mata orang derhaka di
kalangan umatmu yang menangis kerana
takut kepada Allah s.w.t. Sekarang aku
diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu."
Maka padamlah api itu dengan izin Allah
s.w.t. Dan Rasulullah SAW telah bersabda:
"Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada- Mu,
sebelum tidak ditemunya air mata."
Maha Benar Allah SWT Dengan Segala Firman-Nya
Semoga bacaan di atas dapat lebih mendekatkan diri kita lagi dengan Allah SWT dan jangan pernah takut untuk menangis di hadapan Allah SWT wahai sahabat-sahabatku!
2 komentar:
bermanfaat!
ditunggu kunjungannya :)
http://zulfanafdhilla.blogspot.com/
Teimakasih atas kunjungannya.
Iya Insya Allah :)
Posting Komentar